laskarMUC

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SUMBER INSPIRASI dan INFORMASI


+3
cak
solihin
rusdi
7 posters

    MUHASABAH DIRI

    rusdi
    rusdi
    PROTON PESONA 1.6
    PROTON PESONA 1.6


    Posts : 130
    Join date : 21/07/2009
    Age : 39
    Location : Petaling Jaya

    MUHASABAH DIRI Empty MUHASABAH DIRI

    Post  rusdi Tue Jul 28, 2009 7:01 pm

    Hantarkan kata2 penawar anda.
    rusdi
    rusdi
    PROTON PESONA 1.6
    PROTON PESONA 1.6


    Posts : 130
    Join date : 21/07/2009
    Age : 39
    Location : Petaling Jaya

    MUHASABAH DIRI Empty Keinsafan diri

    Post  rusdi Tue Jul 28, 2009 7:03 pm

    Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui
    insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila
    salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

    Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian
    berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia'
    datang.


    Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai
    balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia
    cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

    Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang
    yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

    Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
    kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

    Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja
    yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

    Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan
    sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

    Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

    Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang,tanda peringatan anda pada mereka.

    Wallahu A'lam.

    "Dalam menempuh arus hidup kita terlupa kehidupan itu sebenarnya adlh
    satu ujian ketakwaan kite kepada Allah sehinggakan kita merasa lbh
    utama dari segalanya sedangkan yg didatangkan pada kita hanyalah dr.
    ketentuan-Nya."

    Be ur self!
    Select: bacalah sahabat ku laskarian - Tue 28 Jul 2009 - 14:42
    avatar
    solihin
    PROTON G2 1.6
    PROTON G2 1.6


    Posts : 103
    Join date : 25/07/2009
    Age : 38
    Location : KlunK, SelangoR

    MUHASABAH DIRI Empty Re: MUHASABAH DIRI

    Post  solihin Thu Jul 30, 2009 4:16 pm

    Apasal la aku malas sembahyang,
    Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
    Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
    Berdiri tanpa roh malam & siang...
    Apasal la aku malas sembahyang,
    Kerja dah best keluarga pun dah senang,
    Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
    Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....
    Apasal la aku malas sembahyang,
    Tuhan kasi otak supaya aku tak *censored*,
    Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
    Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...
    Apasal la aku malas sembahyang,
    Main bola aku sanggup sampai petang,
    Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
    Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
    Apasal la aku malas sembahyang,
    Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
    Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
    Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....
    Apasal la aku malas sembahyang,
    Siksa neraka Cuba la aku bayang,
    Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
    Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
    Halang!!!


    Renung2kan Dan Selamat BeramaL!!...
    Yg. Baik tuh dari ALLAH, yg. Buruk tuh Dari kite sume arrr..... Smile
    avatar
    solihin
    PROTON G2 1.6
    PROTON G2 1.6


    Posts : 103
    Join date : 25/07/2009
    Age : 38
    Location : KlunK, SelangoR

    MUHASABAH DIRI Empty Re: MUHASABAH DIRI

    Post  solihin Sat Aug 01, 2009 2:57 am

    Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

    1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

    2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

    3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

    4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

    5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

    6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

    7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

    8 Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

    9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

    10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

    11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

    12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

    13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).


    14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
    cak
    cak
    PROTON G2 1.6
    PROTON G2 1.6


    Posts : 108
    Join date : 27/07/2009
    Age : 38
    Location : Klang

    MUHASABAH DIRI Empty renung2 jgn termenung...

    Post  cak Sat Aug 01, 2009 11:13 pm

    MUHASABAH DIRI Mata
    nasatajrie
    nasatajrie
    PROTON SAGA
    PROTON SAGA


    Posts : 21
    Join date : 16/08/2009
    Age : 39
    Location : Shah Alam

    MUHASABAH DIRI Empty Hitunglah nikmat tuhan jika termampu

    Post  nasatajrie Sun Aug 16, 2009 11:39 am

    Dan Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak terhitung banyaknya. Question
    Rebina Biru
    Rebina Biru
    PROTON BLM 1.3
    PROTON BLM 1.3


    Posts : 55
    Join date : 07/08/2009
    Age : 38
    Location : Ipoh mali

    MUHASABAH DIRI Empty Re: MUHASABAH DIRI

    Post  Rebina Biru Mon Aug 17, 2009 5:52 pm

    " Memberilah sebanyak-banyaknya, janganlah kamu menerima sebanyak-banyaknya"
    rusdi
    rusdi
    PROTON PESONA 1.6
    PROTON PESONA 1.6


    Posts : 130
    Join date : 21/07/2009
    Age : 39
    Location : Petaling Jaya

    MUHASABAH DIRI Empty Re: MUHASABAH DIRI

    Post  rusdi Mon Aug 17, 2009 8:36 pm

    tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima...
    avatar
    solihin
    PROTON G2 1.6
    PROTON G2 1.6


    Posts : 103
    Join date : 25/07/2009
    Age : 38
    Location : KlunK, SelangoR

    MUHASABAH DIRI Empty Re: MUHASABAH DIRI

    Post  solihin Tue Aug 25, 2009 3:36 am

    Dunia Umpama Neraka, Hidup Ibarat Layang-Layang.. Rolling Eyes
    wan_w0f0
    wan_w0f0
    PROTON BLM 1.3
    PROTON BLM 1.3


    Posts : 49
    Join date : 28/07/2009
    Age : 39
    Location : Kota Bharu - Gombak

    MUHASABAH DIRI Empty Re: MUHASABAH DIRI

    Post  wan_w0f0 Sun Sep 13, 2009 3:10 pm

    Ini adalah fakta saintifik... jgn salah tafsir plak

    1. Dari mana asal kentut?
    Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

    2. Apa komposisi kentut?
    Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

    3. Kenapa kentut berbau busuk?
    Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda.. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.

    4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
    Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.

    5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi?
    Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)

    6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?
    Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

    7. Mengapa kentut keluar melalui lubang *****?
    Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah.
    Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

    8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
    Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'.
    Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.

    9. Apakah setiap orang kentut?
    Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.

    10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?
    Tidak ada kaitannya dengan gender...
    Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.

    11. Saat apa biasanya orang kentut?
    Pagi hari di toilet. yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.

    12. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?
    Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

    13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?
    Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

    14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang?
    Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.

    15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?
    Bukan..tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor.. Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga.. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.

    16. Mungkinkah kentut terbakar?
    Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.

    17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?
    Jangan mengada-ada... konsistensinya lain.. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

    18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
    Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.

    19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
    Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

    20. Apakah warna kentut?
    Tidak berwarna.

    21. Apakah kentut itu asid atau neutral?
    Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

    22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?
    Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya.
    Asmidar
    Asmidar
    PROTON PESONA 1.6
    PROTON PESONA 1.6


    Posts : 126
    Join date : 30/07/2009
    Age : 38
    Location : Nilai

    MUHASABAH DIRI Empty Re: MUHASABAH DIRI

    Post  Asmidar Mon Sep 28, 2009 2:24 pm

    deyyyy..ape da, bru jerk nk insaf, tetibe plak perihal kentut niehh..
    cak
    cak
    PROTON G2 1.6
    PROTON G2 1.6


    Posts : 108
    Join date : 27/07/2009
    Age : 38
    Location : Klang

    MUHASABAH DIRI Empty Re: MUHASABAH DIRI

    Post  cak Mon Sep 28, 2009 8:11 pm

    wan..ko slh masuk column la...xde kene mengena ngan muhasabah diri...de moral of story, kentut kene pada tempatnyer...jgn kentut kat sebarang tempat..klau x tahan, bagi salam dulu..lalala

    Sponsored content


    MUHASABAH DIRI Empty Re: MUHASABAH DIRI

    Post  Sponsored content

      Similar topics

      -

      Current date/time is Mon Apr 29, 2024 7:31 am