laskarMUC

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SUMBER INSPIRASI dan INFORMASI


    Keyakinan Diri

    cak
    cak
    PROTON G2 1.6
    PROTON G2 1.6


    Posts : 108
    Join date : 27/07/2009
    Age : 38
    Location : Klang

    Keyakinan Diri Empty Keyakinan Diri

    Post  cak Mon Aug 17, 2009 5:15 am

    Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi.
    Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.

    Kepentingan Membina Keyakinan Diri
    Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda pada diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda.

    Jenis-Jenis Keyakinan
    Terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:

    1.Keyakinan diri terhadap Tuhan dan KeesaanNya
    2.Keyakinan terhadap diri sendiri
    3.Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain
    4.Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri

    Punca-Punca Utama Ketidakyakinan Diri
    • 1.Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan
      2.Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup
      3.Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
      4.Kurang kemahiran dan persediaan
      5.Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
      6.Kemiskinan (Idea & Sains Kejayaan Hidup)
      7.Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang cergas / sihat


    Petanda-Petanda Orang yang Kurang Keyakinan Diri
    • 1.Kurang senyum
      2.Risau dan kelihatan risau
      3.Gugup dan kelihatan gugup
      4.Kurang berinteraksi
      5.Malas bekerja atau berusaha
      6.Bersikap meminta-minta
      7.Mudah putus asa
      8.Suka gossip dan mengumpat
      9.Defensif dan pemarah

    http://www.ugmc.bizland.com/ak-keyakinan.htm

      Similar topics

      -

      Current date/time is Wed May 15, 2024 5:52 am