laskarMUC

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SUMBER INSPIRASI dan INFORMASI


+2
solihin
rusdi
6 posters

    JOKE n KARYA

    rusdi
    rusdi
    PROTON PESONA 1.6
    PROTON PESONA 1.6


    Posts : 130
    Join date : 21/07/2009
    Age : 39
    Location : Petaling Jaya

    JOKE n KARYA Empty JOKE n KARYA

    Post  rusdi Tue Jul 28, 2009 7:00 pm

    by: Solihin

    Staff Sekalian,

    Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2007, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-
    a. PENGANGKUTAN.
    Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

    Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.
    Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

    b. CUTI TAHUNAN.

    Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

    c. WAKTU LUNCH:

    1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
    2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
    3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

    d. CUTI SAKIT:
    Mulai 2006 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

    e. PENGGUNAAN TANDAS:
    Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2006 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka
    dan kemera akan menyala.Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan
    menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

    f. PEMBEDAHAN :
    Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangancuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

    g. PENGGUNAAN INTERNET
    Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.
    Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

    Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

    Sekian, terima kasih. Laughing
    avatar
    solihin
    PROTON G2 1.6
    PROTON G2 1.6


    Posts : 103
    Join date : 25/07/2009
    Age : 38
    Location : KlunK, SelangoR

    JOKE n KARYA Empty Re: JOKE n KARYA

    Post  solihin Thu Jul 30, 2009 4:30 pm

    PELAJAR PINTAR

    Pada suatu hari ada la cikgu ni ajar satu kelas ni. Cikgu ni memang bengang dengan sorang budak ni. lepas tu cikgu ni dera budak ni suruh cari tiga perkataan inggeris.

    Lepas sekolah tamat, budak yang kena suruh cari perkataan inggeris ni pun bingung yang amat sangat. lepas tu dia tengok tv dia dengar orang dalam tv tu cakap "shut up you" dan "superman". lepas tu esok pagi tu budak ni pun pergi naik bas. dekat bas tu dia dengar pemandu tu kata "no,ladies first". lepas sampai kat skolah. budak tu terus ditanya oleh cikgu semalam tu. lepas cikgu tu kata "cepat cakap perkataan inggerris tu" cikgu tu menjerit. lntas budak tu kata dengan kuat "Shut up you". Cikgu tu pun terkejut lalu berkata "kau ingat kau sapa ha?!?". budak tu kata " superman". Cikgu tu menjerit sampai satu sekolah dengar " awak keluar sekarang". Budak tu pun dengan yakin " No, Ladies first".
    rusdi
    rusdi
    PROTON PESONA 1.6
    PROTON PESONA 1.6


    Posts : 130
    Join date : 21/07/2009
    Age : 39
    Location : Petaling Jaya

    JOKE n KARYA Empty Re: JOKE n KARYA

    Post  rusdi Thu Jul 30, 2009 4:33 pm

    kui..kui..kui...
    nak lagi.. nak lagi.... bounce
    avatar
    solihin
    PROTON G2 1.6
    PROTON G2 1.6


    Posts : 103
    Join date : 25/07/2009
    Age : 38
    Location : KlunK, SelangoR

    JOKE n KARYA Empty Re: JOKE n KARYA

    Post  solihin Sat Aug 01, 2009 2:15 am

    NAMA : RAHSIA
    NO 834,LORONG BAHGIA
    TAMAN SEJAHTERA
    06600


    MUHAMAD YUSOP
    PLOT 131A,
    JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
    14100 BUKIT MINYAK,
    SEBERANG PERAI TENGAH,
    PENANG. 19 DEC 2005


    TUAN,


    PER : SURAT BERHENTI KERJA


    Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab-musabab saya ingin berhenti kerja:-

    1. Saya kerap dibuli oleh senior.
    2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.
    3. Lagu 5’S tidak masuk dalam carta ERA.
    4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je... Nak beratur pun dah 20 minit!!!
    5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII.......... Kasut takde sponge pulak!!!!!
    6. Bas kilang tersangat laju.... Tersangat BAHAYA.....
    7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!
    8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter pulakk.....
    9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.
    10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GAT HOUSE nak bali kena beratok BULEH TAWAF satu kilang..
    11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu.... Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang
    marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH...
    12. Boss kadang 2 ok kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak

    13. Faedah 2 lain tak memuaskan contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing HAMPEHHH

    14. BANYAK LAGI NAK HABAK TAPI KUT TAK SANGUP DENGAK KUT!!!!

    Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama ............
    tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya. Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUTdari saya........ IKAN KELI.. IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI LLLAAAMMMBUNG...............

    SEKIAN TERIMA KASIH.... Evil or Very Mad
    wan_w0f0
    wan_w0f0
    PROTON BLM 1.3
    PROTON BLM 1.3


    Posts : 49
    Join date : 28/07/2009
    Age : 39
    Location : Kota Bharu - Gombak

    JOKE n KARYA Empty Jelingan ayah...

    Post  wan_w0f0 Mon Aug 10, 2009 12:07 pm

    Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
    Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
    membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku
    mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

    Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang
    rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
    Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
    Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham
    maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
    semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
    Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
    tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
    mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.... bounce
    cak
    cak
    PROTON G2 1.6
    PROTON G2 1.6


    Posts : 108
    Join date : 27/07/2009
    Age : 38
    Location : Klang

    JOKE n KARYA Empty Re: JOKE n KARYA

    Post  cak Tue Aug 11, 2009 4:33 pm

    wan_w0f0 wrote:Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
    Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
    membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku
    mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

    Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang
    rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
    Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
    Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham
    maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
    semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
    Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
    tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
    mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.... bounce

    owh,lawak eh...cian dela.. Laughing
    Asmidar
    Asmidar
    PROTON PESONA 1.6
    PROTON PESONA 1.6


    Posts : 126
    Join date : 30/07/2009
    Age : 38
    Location : Nilai

    JOKE n KARYA Empty cerita wat ilang ngantukk...

    Post  Asmidar Fri Aug 21, 2009 3:09 pm

    TERTIPU

    Jika kau jadi bunga aku rela jadi kupu-kupu.
    Jika kau siang, aku rela jadi matahari
    Jika kau samudera aku rela jadi ikan
    Jika kau jadi monyet,
    aku RELA, SUNGGUH, SUMPAH AKU RELA !!! SWEARRR...


    BERCUMBU

    Minah, yang telah lama tinggal di kota pulang ke kampung
    dan bertemu pujaan
    hatinya, Mamat yang berprofesi sebagai petani.

    Suatu senja, ketika tengah jalan2 dan menikmati pemandangan
    desa, mereka
    melihat 2 ekor kerbau saling menggesek-gesekkan hidung
    dan... ..

    Kerana lama memendam rindu, Mamat berkata dengan nada
    memancing, ' Rasanya
    saya jadi ingin juga melakukannya,' sambil memandang
    Minah mesra.
    'Silakan saja,' balas Minah ' kan kerbau2 tu milikmu.'


    NAK KENA SUMBAT

    Suatu ketika mandilah seorang lelaki di air terjun nan
    indah ... ..
    Mandilah dia dengan menanggalkan semua pakaiannya ..
    dan berkecipak-cipuk bermain dengan air ... .
    dari jarak kejauhan datanglah seorang Nyah berjalan dan
    mendekat, mengintip lelaki tersebut yang sedang mandi ...

    si Nyah menikmatinya ... .
    dan ... OOOPPPS !!!! si Nyah memijak ranting ...
    'KKKRRRIIIIIEEEEK'
    si lelaki terperenjat !!!

    Lelaki : SIAPA TU??

    Nyah : ( diam saja ... takut ketahuan )... .

    kerana tidak ada yang menjawab si Lelaki melanjutkan
    mandinya, tetapi si
    Nyah kemalangan, dia jatuh terpeleset ,

    'GUUUBRAAK'

    Lelaki : SIAPA LAGI TU? CEPAT NGAKU!!!! KALO TAK... NANTI
    KALO WA DAPAT...
    .. WA SUMBAT PAKAI BARANG WA NI!!!!

    Nyah : ( girang ... dan menampakan mukanya sambil bergaya
    seperti biasanya
    seorang Nyah ) ... . JANJI YA ... ..!!!!!!!


    KES TAK BERTEGUR SAPA

    Terjadi satu hari sepasang suami isteri ni berselisih
    faham... dan tak
    bertegur sapa.. Si suami ni nak bangun pagi pada esoknya..
    tak tau macam
    mana nak bagitau isteri supaya kejutkan dia pagi
    esoknya..Si suami ni dapat
    idea..lalu dia tulis satu nota

    'KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK'

    Esoknya si suami ni terlewat bangun... dia nak marah pun
    ada ... nak ketawa

    pun ada kat isterinya. Nak tahu kenapa?... si suami ni
    terjumpala nota

    'BANG!! BANG!! BANGUN BANG! DAH PUKUL 6.30 PAGI'


    MUNTAH

    Seorang gadis kecil merasa badannya lemah dan sakit ketika
    dia berada di
    pasaraya bersama ibunya.
    'Mama,' kata gadis kecil itu.. 'Bolehkan kita
    balik sekarang?'
    'Tidak,' jawab ibunya.
    'Ma, saya rasa hendak muntah!' kata gadis kecil
    itu.
    'Keluarlah, pergi ke tandas di tingkat atas... '
    Setelah kira-kira 20 saat, gadis kecil itu kembali ke tempat duduknya.
    'Sudah selesai?' tanya ibunya.
    'Ya.'
    'cepatnya?'
    'Saya tidak pergi ke tingkat atas.. Ma,' kata
    anaknya lalu menyambung..
    'Kat tepi tu ada sebuah kotak derma... disitu tertulis
    'UNTUK ORANG YANG SAKIT'
    cak
    cak
    PROTON G2 1.6
    PROTON G2 1.6


    Posts : 108
    Join date : 27/07/2009
    Age : 38
    Location : Klang

    JOKE n KARYA Empty Topup RM10 Tahan Sampai 1 Bulan

    Post  cak Fri Aug 21, 2009 9:37 pm

    Org kata pkai line lg save dr prepaid..tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..
    top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..

    Mungkin rezeki aku aritu,pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, dia ajr camne nk crossing account,
    coz dia keje kt bhgn System Development Telecom.
    kekadag aku tlg gak memenber trdekat topup, tp amik untung sket aar..

    Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg..

    Timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..

    1) beli topup RM 10... gesek & ready.
    2) korg type < ** REC 10 > , then send to 09901
    3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.
    4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902
    5) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya;
    <01234567891023> send to 09903
    6) tak lama pastu diorg akn reply;
    "ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau"

    hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.. kecik ati aku..

    kdg2 diorg reply lebih 'kesat' dari di atas dlm pelbagai bahasa, blh menitik air mata beb..
    avatar
    solihin
    PROTON G2 1.6
    PROTON G2 1.6


    Posts : 103
    Join date : 25/07/2009
    Age : 38
    Location : KlunK, SelangoR

    JOKE n KARYA Empty Komunikasi

    Post  solihin Tue Aug 25, 2009 3:58 am

    Pada suatu hari, hendak terjadi hal, si suami terlupa akan birthday isterinya. Si isteri terkilan dan esoknya isteri tak gosok baju suaminya, tak sediakan sarapan dan tak salam suami dier. Suami pulak rasa terkilan

    Kirenyer diorang gado sampai lebih seminggu dah, & si suami tu pon amek pendekatan bengong, die x cakap ngan isterinyer dah tp berkomunikasi secara note je. Die tulis atas kertas, die bg isteri die bace.

    Pada satu mlm, suami tu tulis note kat isteri dier, 'YANG, TLG KEJUT ABG KUL 6.30 PG YER, ADE MESYUARAT TERGEMPAR SOK'. Isteri die menganguk..

    Kringg!!! Kringg!! Kring!! Bunyi alarm bunyi. suami tu pon bangun, die tgk jam, dah kul 9.00 pg. Dgn tensennyer die kalih ke sebelah, isteri die xde, tapi ada kertas atas katil, die amek lalu bace.. 'BANG, BANGUN LA BANG, DAH 6.30 PG NI, NANTI LEWAT. BANG, BANGUN LA..' Neutral
    rusdi
    rusdi
    PROTON PESONA 1.6
    PROTON PESONA 1.6


    Posts : 130
    Join date : 21/07/2009
    Age : 39
    Location : Petaling Jaya

    JOKE n KARYA Empty Re: JOKE n KARYA

    Post  rusdi Sat Aug 29, 2009 6:28 pm

    emmm.. takde benda lawak la nak cerita....
    ikhwan
    ikhwan
    PROTON WIRA 1.3
    PROTON WIRA 1.3


    Posts : 64
    Join date : 24/07/2009
    Age : 39
    Location : kota bharu

    JOKE n KARYA Empty Re: JOKE n KARYA

    Post  ikhwan Tue Sep 01, 2009 6:11 pm

    awk la klaka la azsolihin.....

    Sponsored content


    JOKE n KARYA Empty Re: JOKE n KARYA

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Tue May 14, 2024 2:02 pm